Laporan Indeks Syariah Malaysia bakal dibentang 28 Mac: PM
PUTRAJAYA, Selasa – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan membentangkan laporan Indeks Syariah Malaysia pada 28 Mac.
Menurut laporan NST, beliau berkata, indeks itu penting bagi mengukur sama ada dasar-dasar kerajaan mematuhi ajaran Islam ataupun tidak.
“Kita tidak boleh membuat kesimpulan umum yang boleh dibelenggu pengalaman peribadi kita sendiri.
“Kesimpulan kita mungkin tidak tepat untuk menentukan sama ada dasar-dasar kita pada hari ini adalah berdasarkan Syariah.
“Sebagai Perdana Menteri, saya ingin tahu kelemahan yang memerlukan langkah-langkah pembetulan (untuk memastikan dasar-dasar yang patuh syariah).
“Saya percaya jika sesuatu yang boleh diukur, perkara boleh diperbaiki. Indeks maqasid syariah adalah sesuatu yang boleh mengukur perihal ini, “katanya.
Penyelidikan mengenai Indeks Syariah Malaysia sedang dilakukan oleh penyelidik dari lima institusi pengajian tinggi, iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM ) dan Universiti Utara Malaysia (UUM).
Kajian yang dijalankan melibatkan penilaian dokumen mengenai dasar-dasar dan program-program yang ditetapkan oleh kerajaan dan juga kaji selidik yang melibatkan pembuat dasar, mereka yang melaksanakan dasar, dan penerima dasar.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan