Lesen penjualan vape tidak akan dikeluarkan di Perlis

vape (1)

KANGAR, Isnin – Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man berkata lesen penjualan peranti dan perisa cecair untuk rokok elektronik atau vape tidak akan dikeluarkan kepada mana-mana peniaga di negeri ini.
 
Katanya, kerajaan negeri menerima nasihat secara bertulis daripada Kementerian Kesihatan agar tidak membenarkan penjualan vape di negeri itu.
 
“Kami telah panjangkan nasihat itu kepada Majlis Perbandaran Kangar dan kemungkinan kami akan mengharamkan penggunaannya juga.
 
“Bagaimanapun, kami masih menunggu maklumat daripada kerajaan pusat mengenai bahaya penggunaan vape,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan penyerahan cek bantuan kepada penerima pencen ilat dan penakat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di pejabatnya, di sini hari ini.
 
Azlan berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai bilangan peniaga vape di negeri itu.
 
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam satu sidang media baru-baru ini menyatakan keputusan kajian mengenai penggunaan peranti dan perisa cecair untuk vape akan dibentang kepada kabinet akhir bulan ini.- Bernama
 
Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian