Letupan gegar pusat pelancongan Istanbul, 10 terbunuh

turkis

ISTANBUL, Selasa – Letupan besar menggegarkan pusat bandar yang menjadi tumpuan pelancong di sini, hari ini, menyebabkan sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan beberapa lagi cedera, lapor stesen televisyen Turki.

Saksi memberitahu wartawan terdapat mayat bergelimpangan di Dataran Sultanahmet, pusat tarikan pelancongan utama.

Ambulans dan polis dikejarkan ke Sultanahmet, hab utama pelancongan yang turut menempatkan Masjid Biru dan Istana Topkapi.

Pegawai pejabat gabenor Istanbul dalam kenyataan mengesahkan 10 orang terbunuh dan 15 lagi cedera.

Setakat ini, pihak berkuasa belum mengenal pasti identiti dan kewarganegaraan mereka yang terbunuh dan cedera.

Kawasan Sultanahmet, Masjid Biru dan Istana Topkapi juga menjadi tumpuan rakyat Malaysia yang melancong ke negara itu.

Turki diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga selepas 103 terbunuh pada Oktober lalu selepas dua pengebom bunuh diri menyerang perhimpunan aktivis di Angkara.

Sejak beberapa minggu lalu, pihak berkuasa Turki menangkap beberapa anggota IS yang disyaki merancang serangan di Istanbul.

Bagaimanapun, Turki juga berhadapan dengan kumpulan yang diharamkan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang melakukan beberapa serangan terhadap anggota pasukan keselamatan negara itu. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian