Mahasiswa tak cukup wang untuk makan, terpaksa ikat perut: Kajian

851335481_65961_5622110003492351938

BANGI, Rabu – Kira-kira 18,675 mahasiswa di semua universiti seluruh negara mengakui terpaksa ‘mengikat perut’ kerana mempunyai masalah kewangan untuk makan, kata Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM), yang menjalankan kajian bebas, baru-baru ini.

Presiden MVM, Muhammad Jantan berkata pihaknya menerima respon yang pantas selepas borang kaji selidik dihantar melalui e-mel ke beberapa universiti terpilih.

“Apa yang mengejutkan, kami mendapat respon yang begitu pantas, enam buah universiti telah memberi respon tertinggi iaitu, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM),” katanya.

Muhammad dipetik sebagai berkata kepada Sinar Online bahawa, apa yang lebih mengejutkan apabila seramai 11,120 mahasiswa didapati hanya makan nasi bujang berikutan masalah kewangan.

“Manakala, 41 peratus atau 10,439 mahasiswa hanya makan mee segera dan sebanyak 57 peratus atau 14,458 mahasiswa hanya memperuntukan RM5 setiap hari untuk makan,” katanya.

Mengulas lanjut, Muhammad berharap supaya hasil dapatan ini tidak dimanipulasi oleh mana-mana pihak demi kepentingan peribadi.

“Disebabkan banyak pihak mempermaikan isu ini, jadi pihak MVM terpanggil, untuk mencari jalan penyelesaian daripada semua pihak, tidak kisah dari parti politik mahupun NGO, untuk merancang bagi menangani isu ini.

“Oleh itu kita ingin menegaskan, pihak MVM bukan mahu mencetus masalah, tetapi mencari cara, dan tindakan yang terbaik bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi mahasiswa,” katanya.

Beberapa akhbar sebelum ini melaporkan mahasiswa menghadapi masalah kewangan sehinggakan mereka terpaksa mengikat perut.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian