MAHB tingkatkan keselamatan di lapangan terbang

MAHB_logoMARUDI, Rabu – Tahap keselamatan di lapangan terbang akan dipertingkatkan, termasuk menerusi penambahan anggota keselamatan, selain melaksanakan beberapa langkah keselamatan yang ketara dan tidak ketara.

Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Datuk Badlisham Ghazali berkata, MAHB juga melantik seorang Pengurus Besar Keselamatan Penerbangan, iaitu SAC Rosli Mohd Isa, yang baru empat bulan bertugas dengan syarikat itu.

“MAHB pinjam beliau daripada pihak polis… keselamatan lapangan terbang adalah keutamaan MAHB. Jadi anda akan lihat perkara seperti kehadiran anggota keselamatan yang lebih ketara di lapangan terbang, terutamanya di pintu masuk antarabangsa,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas langkah keselamatan berikutan perkembangan terkini termasuk insiden keganasan di beberapa bandar utama di dunia.

Badlisham meminta penumpang supaya tidak berasa bimbang apabila melihat lebih ramai anggota keselamatan berada di lapangan terbang.

 “Kerjasama pihak lapangan terbang, polis dan risikan selalu dilakukan. Insya-Allah kami akan dapat mengendalikannya,” katanya.- Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian