Mahkamah Persekutuan tolak tambah tempoh penjara wanita sokong IS

ummii

PUTRAJAYA, Rabu – Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan pihak pendakwaan bagi menambah hukuman penjara terhadap seorang bekas pembantu juruaudit yang mahu berkahwin dengan lelaki yang didakwa sebagai militan dan menyokong kumpulan IS.

Berikutan keputusan itu, Ummi Kalsom Bahak, 26, yang tersenyum ketika keputusan dibuat oleh panel lima hakim, bakal dibebaskan dalam tempoh dua minggu lagi selepas menjalani hukuman penjara dua tahun.

Hakim Tan Sri Md Raus Sharif yang mempengerusikan panel berkenaan berkata, anggota panel mendapati tiada sebab untuk mengubah keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap tertuduh bagi kesalahan itu.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwaraya Awang Armadajaya Awang Mahmud memohon hukuman penjara ke atas Ummi Kalsom ditambah daripada dua tahun kepada tujuh tahun bagi membolehkan dia menjalani kaunseling pemulihan.

Bagaimanapun, peguam bela Datuk Hanif Hassan memohon mahkamah mengekalkan keputusan awal kerana Ummi Kalsom dijadualkan dibebaskan pada 5 Februari ini.

Pada 1 November 2014, Ummi Kalsom dituduh menawarkan bantuan, termasuk bersetuju untuk mengahwini seorang anggota militan dikenali sebagai Aqif Huessin Rahaizat, 26, dengan cuba ke Istanbul menaiki pesawat AirAsia melalui Brunei.

Tertuduh ditangkap di kaunter imigresen di KLIA2 kira-kira jam 5.20 pagi, 5 Oktober 2014, sebelum Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atasnya pada Mac tahun lalu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian