Majlis Syura Ulama PAS setuju kerjasama demi Islam

nike

BANGI, Rabu – Majlis Syura Ulama PAS bersetuju parti Islam itu meneruskan agenda kerjasama dengan mana-mana pihak dalam perkara kebaikan dan ketakwaan demi memperkukuhkan dan memperjuangkan Islam.

Setiausahanya, Datuk Dr Nik Mohd Zawawi Salleh, berkata Majlis Syura Ulama PAS yang bersidang pada 2 Januari lalu bagaimanapun menegaskan parti itu tidak akan menyertai Barisan Nasional.

Tanpa merujuk kerjasama itu bakal dilakukan dengan UMNO sebagaimana hangat diperkatakan sekarang, beliau berkata, keputusan majlis berkenaan adalah berdasarkan nas-nas al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.

“Salah satu daripada dasar Islam yang dipegang oleh PAS ialah bekerjasama dan tolong menolong dalam perkara kebaikan dan ketakwaan.

“Hal ini berasaskan kepada firman Allah SWT di dalam al-Quran,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan pagi ini.

Beliau merujuk kepada ayat 2 surah Al-Maidah yang bermaksud:

Dan hendaklah kamu bekerjasama untuk melaksanakan kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bekerjasama pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).”

Dr Nik Mohd Zawawi juga merujuk kepada hadis Rasulullah yang bermaksud:

Tolonglah saudaramu yang zalim dan yang dizalimi. Lalu ditanya kepada Baginda, Ya Rasulullah SAW, kami tahu untuk menolong orang yang dizalimi tetapi bagaimana pula kami akan menolong orang yang zalim. Baginda menjawab, elak dan cegah mereka daripada melakukan kesaliman itulah erti menolong mereka.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Isu kerjasama antara parti itu dan UMNO hangat diperkatakan sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghulurkan ‘tali silaturahim’ kepada PAS pada Perhimpunan Agung UMNO demi memperjuang dan memperkukuhkan Islam bulan lalu.

Berikutan itu, pemimpin tertinggi PAS, termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sebelum ini dikecam hebat oleh parti rasis dan cauvinis DAP ketika dalam pakatan rakyat, menyambut baik tangan yang dihulurkan Najib.

Malah, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki juga berpendapat parti Islam itu perlu membuka lembaran baru bersama UMNO bagi mewujudkan kerjasama berkaitan perkara ketakwaan dan kebaikan.

Menjelaskan maksud itu beliau berkata, kerjasama yang diperlukan bukanlah PAS bergabung dengan UMNO, tetapi bekerjasama untuk menegakkan dan mempertahankan Islam demi kebaikan rakyat dan negara.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian