Malaysia akan ketinggalan jika tidak sertai TPPA

mustafa mohd

KUCHING, Sabtu – Malaysia akan ketinggalan berbanding negara-negara lain di rantau Asia Tenggara sekiranya tidak menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad.

Beliau berkata, dengan tidak menyertai TPPA, negara akan kurang daya tarikan sebagai destinasi pelaburan bagi pelabur yang mengeksport produk dan perkhidmatan ke pasaran TPPA.

“Malaysia akan berdepan dengan persaingan lebih sengit dari Vietnam dan Singapura dalam menarik pelaburan asing sekiranya tidak menyertai TPPA dan sekiranya Indonesia, Thailand dan Filipina memilih untuk menyertai TPPA kemudian hari, Malaysia akan ketinggalan lebih jauh. 

“Kita juga akan terlepas peluang untuk meraih manfaat awal ataupun kelebihan penggerak pertama berbanding negara-negara yang belum menyertai TPPA,” katanya. 

Mustapa berkata demikian pada taklimat mengenai TPPA kepada penjawat awam, industri dan komuniti perniagaan di sini, hari ini.

Menurutnya, Malaysia telah terlibat dalam rundingan TPPA selama lima tahun dan menambah ia merupakan satu proses yang sukar, terutamanya dalam mempertahankan isu-isu serta dasar-dasar penting.

“Kita telah berjaya mendapat pengecualian dan kelonggaran untuk mempertahankan kepentingan negara seperti dasar Bumiputera dan syarat halal termasuk kelonggaran untuk had nilai perolehan yang tinggi dan tempoh peralihan yang panjang,” katanya. 

Beliau berkata, pada masa akan datang keahlian TPPA akan turut dibuka kepada negara-negara ahli Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang lain sambil  menambah Indonesia, Korea Selatan, Thailand dan Filipina telahpun menyatakan hasrat untuk menyertai perjanjian itu setelah mengambil kira manfaat yang  ditawarkan. 

“Kerajaan sedar TPPA ada kelebihan dan kekurangannya tetapi berdasarkan penilaian, kerajaan melihat negara akan memperoleh lebih banyak faedah jika menyertainya. 

“Antaranya membuka akses pasaran lebih luas ke negara-negara ahli TPPA yang Malaysia belum ada Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) seperti Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dan Peru, selain mewujudkan integrasi lebih menyeluruh dalam rantaian bekalan di peringkat serantau dan global bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta peningkatan pelaburan yang menyumbang kepada pewujudan peluang pekerjaan. 

“Di samping itu, ia juga akan menyumbang kepada peningkatan pendapatan dan peluang pekerjaan serta pemantapan tadbir urus berlandaskan piawaian antarabangsa dan amalan terbaik, sekali gus akan meningkatkan KDNK Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Mustapa berkata, TPP akan dapat membantu Sarawak memperluaskan eskport produk dan perkhidmatannya ke pasaran luar negara, di samping menarik lebih banyak pelaburan asing ke negeri ini. – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian