Malaysia gesa perlindungan ke atas pejabat kedutaan asing di Iran

anifah aman
PUTRAJAYA, Selasa – Malaysia, yang menyuarakan kebimbangan berhubung perkembangan di Timur Tengah susulan serangan perusuh ke atas pejabat perwakilan asing Arab Saudi, menggesa pihak berkuasa Iran supaya mengambil segala langkah perlu untuk melindungi pejabat perwakilan asing di negara itu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata ini sejajar dengan Konvensyen Vienna Mengenai Hubungan Diplomatik 1961.

Beliau turut menggesa agar tindakan undang-undang yang perlu dikenakan terhadap pelaku serangan itu.

“Malaysia amat bimbang dengan perkembangan di wilayah Timur Tengah dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan perusuh yang menyerang Kedutaan dan Pejabat Konsul Arab Saudi masing-masing di Tehran serta Mashhad,” katanya.

Menurut laporan media, Arab Saudi memutuskan hubungannya dengan Iran selepas penunjuk perasaan menyerbu kedutaannya di Tehran dan Pejabat Konsul di Mashad, berpunca daripada tindakan Riyadh melaksanakan hukuman mati ke atas 47 individu, termasuk seorang ulama terkemuka Syiah, Sheikh NimrBaqir al-Nimr atas tuduhan keganasan. – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian