Mangsa banjir di Johor meningkat

MERSING 09 January 2015. ( METRO JA558E / BH JBH062A ) Rumah mangsa Banjir di Jalan Salleh Kampung Bahagia yang ditenggelami air setinggi setengah meter malam semalam. STR/Mohd Sah Muda

JOHOR BAHRU, Sabtu – Jumlah mangsa banjir di dua daerah di Johor meningkat kepada 99 orang tengah hari ini, berbanding 74 mangsa pagi tadi berikutan paras air Sungai Segamat yang semakin meningkat.

Pengarah Pertahanan Awam Negeri Johor Kol (PA) Mat Zin Bujang berkata sehingga kini, sebanyak 26 keluarga ditempatkan di tiga pusat pemindahan – dua di daerah Segamat dan sebuah di Tangkak.

Beliau berkata paras air di beberapa kampung di kawasan-kawasan berkenaan meningkat setinggi kira-kira satu meter terutama berhampiran Sungai Segamat.

“Pusat pemindahan ketiga di Balai Raya Gemereh 4, Segamat dibuka pada 10 pagi tadi dengan menempatkan 25 mangsa dari lima keluarga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dua lagi pusat pemindahan dibuka petang semalam, di Balai Raya Kampung Orang Asli Segamat Kechil, Segamat dan Sekolah Kebangsaan Sialan di Tangkak, masing-masing menempatkan 16 dan lima keluarga.

Setakat ini, empat kampung dari dua daerah berkenaan dilanda banjir iaitu di Kampung Orang Asli Segamat Kechil; Kampung Seberang Batu Badak, Segamat; sertaKampung Sialang Dalam dan Kampung Seberang Gajah, kedua-duanya di Ledang. -Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian