Mara Digital tidak jual barangan tipu, palsu

maradigit

KUALA LUMPUR, Isnin – Mara Digital – pusat gajet IT dan telekomunikasi pertama diwujudkan serta diusahakan usahawan Melayu dan Bumiputera di negara ini – hanya menjual peralatan tulen sahaja, bukan barangan palsu seperti di sesetengah pusat jualan IT di ibu negara dan beberapa tempat lain.

Serentak itu, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan pengguna supaya tidak risau mengenai ketulenan produk yang dijual di situ kerana pengeluar dan pembekal mengambil dua langkah menjamin pengguna tidak tertipu.

Beliau berkata, pengeluar dan pembekal barangan digital WGN Scan Sdn Bhd akan menjadi pembekal dan badan yang mengesahkan ketulenan produk yang diimport sebelum dijual.

Katanya, dua langkah itu ialah pertama produk yang diedarkan adalah produk daripada WGN Scan sendiri dan terpulang sama ada peniaga mengambilnya secara langsung daripada WGN atau mengimportnya.

“Kedua produk yang datang daripada negara luar atau diimport dari negara kedua perlu dibawa kepada WGN terlebih dahulu untuk disahkan ketulenannya. Jadi akan datang tak timbul isu produk diambil dari tempat lain dan apa sahaja barang adalah tulen,” katanya pada sidang media selepas melawat Mara Digital, di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, sebagai langkah pembaharuan, pihaknya akan membuka sebuah pusat aduan pelanggan yang membolehkan semua jenis aduan dilakukan di pusat berkenaan.

“Apa sahaja aduan boleh dibuat di pusat ini dan kita akan letakkan Pegawai Mara yang juga pegawai yang menguruskan Mara Digital untuk menerima aduan daripada masalah produk yang tak berkualiti, bukan tulen malah apa sahaja aduan pelanggan serta layanan dan sebagainya,” katanya.

Dalam lawatan itu, beliau berpuas hati dengan jualan produk yang dilihat semakin meningkat.

Malah, jualan dan produk lain yang dijual di bangunan Mara juga mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 30 peratus hingga 50 peratus berikutan pembukaan pusat berkenaan.

“Kita akan buka beberapa lagi Digital Mall tahun ini seperti di Damansara pada bulan Mac atau April. Manakala Anggerik Mall ada pejabat di situ kita akan pindahkan secepat mungkin berkemungkinan pada bulan Jun,” katanya.

Mara Digital akan dibuka di semua negeri di negara ini tidak kira sama ada di negeri pembangkang atau tidak. Antara negeri terawal yang akan dibuka adalah di Johor, Melaka dan Terengganu.

yahudi-tppa (1)

klik untuk bantah

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian