Masukkan topik jawab kekeliruan dakyah kristianisasi dalam silibus ilmu akidah: Ketua Penerangan Isma

HAZIZI-USTZ-5

BANGI, Ahad – Ketua Penerangan Isma, Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman menegaskan agar umat Islam di negara ini mesti memperkukuhkan ilmu akidah Islam supaya dapat menangkis dakyah Kristianisasi.

Dalam memperkuatkan cadangan itu, Ustaz Hazizi berkata, silibus akidah di mana-mana intitusi pelajaran negara mesti dimasukkan topik menjawab kekeliruan dakyah Kristianisasi.

“Silibus akidah mesti dimasukkan topik yang menjawab kekeliruan dakyah Kristianisasi.

“Pelajar mempelajari topik ini untuk menjawab kekeliruan agama Kristian menurut akidah Islam,” katanya kepada Ismaweb hari ini.

Beliau yang juga Setiausaha Majlis Syura Isma berkata, undang-undang larangan penyebaran doktrin agama lain terhadap pelancong perlu dimaklumkan.

“Sebagaimana jenayah dadah diberi amaran kepada pelancong ketika tiba ke negara ini, begitu juga kerajaan perlu memaklumkan undang-undang berkaitan larangan penyebaran doktrin agama lain kepada pelancong.

“Umat Islam juga perlu peka akan undang-undang di atas, dan melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa, bukan kepada facebook,” katanya

Terbaru, dua wanita daripada New Zealand dan Kanada telah cuba membawa dakyah Kristianisasi kepada umat Islam.

Melalui muat naik status Puteri Balqisha, beliau menceritakan pengalamannya berhadapan dengan dua wanita berkenaan ketika sedang makan tengah hari di restoran Ibrahim Maju, Taman Selayang.

Kedua wanita berkenaan didakwa menceritakan kebaikan Tuhan Yesus dan Kristian.

Sebelum ini juga, banyak laporan diterima pihak polis mengenai cubaan kumpulan Kristian memurtadkan umat Islam dan perkara ini adalah sesuatu yang membimbangkan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya mempunyai laporan yang difailkan oleh individu-individu dan organisasi di seluruh negara.

Khalid juga berkata ada laporan diterima bahawa pendakwah Kristian menyamar bagi memurtadkan umat Islam.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian