Militan Daesh culik 400 orang awam di Syria

1033276619

SYRIA, Isnin – Militan Daesh menculik lebih 400 orang awam di Syria dalam serangan terbaharu ke atas bandar yang dikuasai kerajaan, Deir El Zor, yang turut menyebabkan beratus-ratus orang mati.

Kumpulan pemantau hak asasi manusia di Syria dalam kenyataan berkata, militan Daesh membunuh sekurang-kurangnya 135 orang dalam serangan yang bermula kelmarin.

Ketua kumpulan pemantau itu, Rami Abdulrahman, berkata antara yang diculik ialah keluarga pejuang pro rejim Assad.

“Apa yang membimbangkan ialah kumpulan militan Daesh mungkin menghukum mati mangsa, kerana ianya pernah berlaku sebelum ini

“Mereka yang diculik termasuk wanita, kanak-kanak dan ahli keluarga pejuang pro-rejim,” katanya.

Beliau berkata, mereka telah dibawa ke kawasan di bawah kawalan Daesh di barat wilayah Deir El Zor dan bersempadan dengan wilayah Raqqa di mana terletaknya kubu kuat Daesh di Syria.

Lebih daripada 260,000 orang telah terbunuh di Syria semenjak konflik bermula pada Mac 2011 dengan tunjuk perasaan pihak antikerajaan. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian