Mukhriz dakwa ditolak kerana lantang bangkit isu rakyat

mkh

BANGI, Jumaat – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendakwa penolakan ketua-ketua bahagian UMNO terhadap pentadbirannya adalah berpunca daripada kelantangan berhubung beberapa isu melibatkan rakyat.

Katanya, ini termasuk kos sara hidup serta pertimbangan supaya kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dapat diturunkan kepada tiga peratus.

“Kalau hendak jawab empat perkara yang mereka dakwa itu, saya fikir siapa pun boleh jawab. Perkara sebegini tak payah sebut pun kita boleh ‘baca’ yang tersirat kerana saya dilihat sedikit telus bercakap perkara yang dianggap cerminan suara rakyat.

“Apabila saya timbulkan perkara sebegitu, timbul rasa tidak puas hati sesetengah pihak kononnya tidak saya tidak sehati sejiwa dengan mereka.

“Jadi saya fikirlah, mungkin juga saya silap. Bukan disebabkan empat alasan itu yang membuatkan mereka menuntut agar saya berhenti menjadi Menteri Besar serta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.” katanya dipetik Utusan hari ini.

Mukhriz menolak dakwaan Ahmad Bashah dalam sidang akhbarnya berhubung punca beliau ditolak adalah kegagalan menyatu paduka kepemimpinan dan jentera selain ketiadaan perancangan strategik dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Beliau turut menegur ketua-ke­tua bahagian terlibat kerana tidak menggunakan ruang berbincang sebagai medium untuk menyelesaikan masalah berbangkit.

“Tetapi saya mohon janganlah pula kerana ada hubungan baik dengan pucuk pimpinan nasional, mereka terus ‘ke atas’. Seolah-olah menidakkan pula hak saya selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri. Apabila berlaku, saya sebagai ketua seakan tiada peranan dan dilihat tidak bertaring,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan semua pihak supaya menghentikan sebarang khabar angin kononnya beliau akan melompat parti.

“Setiap yang saya lakukan tidaklah mempunyai niat selain daripada memperkuatkan parti supaya apabila berdepan Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti, kita menang bergaya. Di peringkat Dewan Undangan Ne­geri (DUN) kita hendak tambah kerusi dan di Parlimen pula, kita hendak ‘sapu’ semua.

“Sudah saya sebutkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini betapa saya tidak perlu di­suruh untuk turun jika rakyat tidak lagi menyokong saya. Tetapi jika rakyat masih memberi sokongan, tolonglah beri kerjasama supaya kita dapat kejayaan yang lebih besar yang bukannya untuk saya, tetapi untuk rakyat Kedah,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian