Najib dianggap tokoh paling mesra terhadap Singapura

najiboq

SINGAPURA, Selasa – Datuk Seri Najib Razak hari ini disifatkan sebagai ‘tokoh paling mesra di Malaysia terhadap Singapura’.

Kenyataan itu dibuat seorang warga Singapura ketika memberi komen terhadap kenyataan Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada 9 Januari dalam Facebook beliau yang mendoakan rakan sejawatannya itu yang menjalani pembedahan kecil di Hospital Kuala Lumpur, segera sembuh.

Hsien Loong memberitahu 934,996 pengikut Facebook beliau yang menandakan ‘like’: “PM Najib Razak menjalani pembedahan hari ini untuk membuang ketumbuhan kecil benigna pada tangan kanannya. Gembira mendengar ia berjaya dan berjalan lancar.

“Moga beliau segera sembuh dan harap-harap dapat bertemu beliau tidak lama lagi. LHL.”

Dalam mengulangi status Lee yang mendapat 4,877 ‘like’ dan dikongsi 224 kali setakat ini, Janarie Donald berkata: “Tuan PM Hsien Loong, ya… doakan beliau moga segera sembuh.

“Beliau seorang daripada tokoh paling mesra di Malaysia terhadap Singapura. Saya akui.”

Chee Ivan berkata: “Tuan, sehingga sekarang, pemimpin ini sangat mesra terhadap negara kita, terima kasih kerana memaklumkan kepada kami. Sebagai warga Singapura, saya doakan moga beliau segera sembuh.”

Selain mendoakan Najib, seorang daripada mereka meminta agar Perdana Menteri Malaysia tidak terlalu runsing, sebaliknya menumpukan usaha untuk kebaikan Malaysia.

Jerry Sierra berkata: “Doakan PM Najib Razak segera sembuh dan kembali pulih supaya beliau tidak terlalu runsing dan dapat memberi sepenuh tumpuan dalam meletakkan Malaysia di landasan yang betul.”

Selain itu, pengikut laman Facebook itu turut menyuarakan harapan mereka agar hubungan antara kedua-dua negara terus diperkukuhkan.

Joseph Tan: “Saya gembira mendengar PM Najib Razak berjaya menjalani pembedahan kecil. Pada penilaian saya, beliau setakat ini merupakan PM terbaik bagi Malaysia untuk menjalin hubungan menang-menang dengan negara jiran terdekat, Singapura. Semoga beliau dapat menguruskan serta mengatasi cabaran getir dalam kepimpinannya bagi tahun-tahun mendatang.”

Ada antara mereka yang mengambil peluang menyatakan harapan mudah-mudahan 2016 menjadi tahun yang lebih baik bagi Najib.

Yi Feng Niang berkata: “PM Najib seorang yang baik kepada SG (Singapura) tetapi sedang melalui masa yang amat sukar, kasihan beliau. Mudah-mudahan 2016 menjadi tahun yang lebih baik bagi beliau dan rakyat Malaysia!” – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian