Najib edar sampul angpau percuma sempena Tahun Baharu Cina

ah jib gor angpau
KUALA LUMPUR, Sabtu – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengedarkan sampul angpau secara percuma sempena Tahun Baharu Cina yang akan disambut masyarakat Cina pada 8 Feb ini.

“Sambutan Tahun Baharu Cina akan tiba tidak lama lagi, kami akan mengedarkan sampul angpau ‘Ah Jib Gor’ edisi khas secara percuma kepada peminat-peminat,” menurut kenyataan berbahasa Mandarin yang disiarkan melalui laman Facebook ‘Ah Jib Gor’.

Menurut laman web Facebook “Ah Jib Gor”, peminat-peminat hanya perlu tekan “Like” pada laman itu dan mengisi butiran peribadi seperti alamat rumah, nama penuh dan nombor telefon masing-masing menerusi pautan:

http://ift.tt/1n2q39e.

Sampul angpau itu berwarna merah dan memaparkan karikatur Najib dengan berbaju tradisional Cina serta karakter kartun monyet yang dicetak perkataan “Selamat Menyambut Tahun Monyet’ dalam warna emas.

Setiap peket mengandungi 10 keping sampul angpau dan akan diedarkan sementara stok masih ada, menurut laman web itu.

Masyarakat Cina akan menyambut Tahun Monyet Api pada 8 Feb ini.

“Ah Jib Gor” merupakan Facebook perdana menteri dalam bahasa Mandarin, mula beroperasi sejak 16 Jan 2012 sebagai satu lagi platform untuk mendekati masyarakat dengan lebih meluas menerusi laman sosial.

“Ah Jib Gor” yang bermaksud “Abang Najib” dalam bahasa Mandarin, diwujudkan untuk memberikan satu lagi forum kepada pengguna media sosial berbahasa Mandarin. – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian