Najib luang masa, lawat Hadi di IJN

pmhadiijn

KUALA LUMPUR, Selasa – Perdana Menteri Malaysia, merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak meluangkan masanya bagi melawat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) pagi tadi.

Beliau yang baru sahaja selesai melakukan pemeriksaan susulan tangannya di Hospital Kuala Lumpur (HKL), bergerak ke IJN untuk melawat bekas pegawai penerangannya, Datuk Nasir Safar yang dimasukkan ke IJN untuk rawatan lanjut.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengambil kesempatan melawat Presiden PAS itu.

“Saya ke HKL untuk pemeriksaan susulan tangan dan juga melawat mantan pegawai penerangan saya, Datuk Nasir Safar di Institut Jantung Negara. Mudah-mudahan beliau segera sembuh, Insya-Allah.

“Saya dimaklumkan ketika berada di IJN bahawa Datuk Seri Hadi Awang juga sedang dirawat di situ dan turut menziarahi beliau.

“Saya doakan semoga beliau dikurniakan sebaik-baik kesihatan oleh Allah SWT,” katanya.

Pada 2004, Najib pernah melawat Hadi ketika menjalani rawatan di sebuah hospital di Istanbul, Turki.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian