Pantau rakan-rakan anak-anak remaja, dan jadilah pendengar setia mereka

PROF MADYA DATUK MOHD ALI HASSAN NOTA TERBITAN KOSMO 12 JULAI 2012 KHAMIS MUKA 17 ***archived by MHM

KUALA LUMPUR, Ahad – Golongan ibu bapa perlulah sentiasa memantau pergerakan anak-anak remaja mereka, selain mengenal pasti rakan-rakan mereka supaya tidak terjerumus dalam gejala sosial yang merosakkan masa depan.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan berkata selain itu, ibu bapa juga perlu  mengadakan sesi kaunseling bersama anak-anak mereka bagi mewujudkan perbincangan yang lebih terbuka.

“Anak-anak mungkin mempunyai sesuatu yang ingin disampaikan kepada ibu bapa namun tidak tahu cara tepat untuk melakukannya. Akhirnya mereka bertindak sendiri dan terjerumus dengan gejala sosial yang tidak sepatutnya,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai seorang remaja perempuan yang disyaki diculik namun ditemui bersama seorang lelaki dipercayai teman lelakinya di Selangor, semalam.

Dr Mohamad Ali turut menyarankan aktiviti bersama anak-anak seperti solat berjemaah, makan bersama, selain menggalakkan anak-anak menyertai persatuan amal dan kesukarelawan bagi menyemai nilai-nilai positif dalam diri.
 
 Sementara itu Pakar Psikologi dan Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Prof Madya Dr Mariani Mohd Nor berkata ibu bapa perlu sentiasa meluangkan masa bersama anak-anak mereka dan bersedia menjadi pendengar setia.

Beliau berkata langkah menjadi pendengar setia kepada anak-anak remaja tetap dilihat sebagai kaedah terbaik dalam memastikan mereka tidak terbabit dengan gejala sosial yang merosakkan masa depan.

“Dalam hal ini, remaja perempuan khususnya lebih ‘tertarik’ kepada individu yang dapat memberi kasih sayang, perhatian lebih dan menjadi pendengar setia.

Bukan sahaja anak-anak yang kecil perlu diberi tumpuan tetapi juga yang meningkat dewasa kerana dalam usia remajalah mereka sedang mencari identiti,” katanya.

Dalam pada itu, Mariani berkata kempen kesedaran berkaitan isu-isu melibatkan remaja perlu diperbanyakkan di media cetak, elektronik dan sosial dan bukannya apabila berlaku sesuatu kes sahaja.- Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian