PAS komited bantah TPPA

logoTolakTPPA

BANGI, Isnin – PAS akan terus komited membantah perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang dijadualkan bakal ditandatangani pada awal Februari ini.

Sehubungan itu, parti berkenaan akan turut sama menyertai Himpunan Aman Bantah TPPA bersama Kongres Rakyat dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) lain.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasruddin Hassan berkata bantahan itu juga akan berterusan pada sesi perbahasan di Sidang Khas Parlimen pada 26 dan 27 Januari nanti.

“Teguran, forum terbuka, resolusi persidangan dan himpunan aman untuk menghantar isyarat yang jelas kepada kerajaan Malaysia bahawa kami bantah TPPA yang dilihat sebagai bentuk penjajahan baru kuasa besar ke atas negara kita dalam sektor ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga ahli Parlimen Temerloh berkata, PAS menilai keperluan dan kesesuaian untuk menyertai sebarang penganjuran bantah TPPA oleh pihak lain.

“Ahli PAS diminta memberikan komitmen yang tinggi terhadap aktiviti yang dianjurkan oleh PAS atau mana-mana aktiviti yang direstui,” katanya.

Mengulas lanjut Nasruddin berkata, Pas mempunyai pendekatannya yang khusus tanpa terikat dengan mana-mana pihak.

“Berasaskan sistem nilai tersendiri dan agenda yang diperjuangkan, PAS telah mengatur dan merencana aktiviti bantahan TPPA melalui pelbagai peringkat,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian