PAS tak halang ahli hadir sebarang jemputan: Tuan Ibrahim

Husam Musa berucap di majlis anjuran PAN. Gambar FMT.

Husam Musa berucap di majlis anjuran PAN. Gambar FMT.

KUALA LUMPUR, Sabtu – Semua anggota PAS tidak dihalang menghadiri mana-mana jemputan selagi ia selaras dengan pendirian parti, kata Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagaimanapun, katanya mereka perlu memastikan majlis yang dihadiri itu boleh membawa kebaikan kepada parti.

“Anggota PAS boleh hadir mana sahaja jemputan selagi kehadirannya untuk menyampaikan risalah Islam, menyuruh yang makruf dan menentang yang mungkar,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau mengulas kehadiran bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa dalam  majlis makan malam anjuran parti serpihan PAS, PAN, dekat sini semalam.

Husam, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Salor di Kelantan, ketika berucap pada majlis itu berkata kehadirannya ke majlis itu adalah selaras dengan ketetapan parti yang ‘mengizinkan’ anggotanya untuk hadir ke mana-mana majlis parti lain.

Tuan Ibrahim berkata kebiasaanya PAS akan menilai setiap jemputan yang diterima, dan perkara itu dibawa ke dalam mesyuarat dalaman parti untuk menimbang kehadiran mana-mana anggota ke majlis berkenaan.

Selain itu, katanya anggota PAS turut bertanggungjawab mempertahankan parti daripada segala tohmahan buruk pihak luar terhadap parti itu.

“Adalah menjadi tanggungjawab semua anggota parti untuk mempertahan tohmahan buruk pihak di luar parti dan membetulkan persepsi terhadap parti,” katanya. – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian