PAS tak untung jika sertai gabungan pakatan harapan

Iskandar-Samad_pas_perkasa_600-1Parti Islam enggan lagi jadi kuda tunggangan puak rasis dan cauvinis DAP

BANGI, Isnin – Tiada untungnya PAS bergabung dengan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) dalam pakatan harapan (PH), kata Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua pihak supaya berhenti berharap PAS akan bergabung dengan PH.

Memetik laporan BNBBC beliau berkata, tiada keuntungan yang akan diperoleh jika bergabung dengan tiga parti dalam PH itu jika akan terus dipergunakan serta sekadar menjadi kuda tunggangan DAP seperti sebelum ini.

Beliau berkata, tiada gunanya PAS menyertai pakatan baharu sedangkan parti itu sudah memutuskan hubungan dengan DAP dan sentiasa menjadi modal serangan.

“Bagaimana hendak bekerjasama?, katanya mengulas harapan pelbagai pihak yang masih menginginkan penggabungan di antara PAS di dalam PH, semalam.

Pada peringkat permulaan, PKR mengumumkan gabungan tersebut bersama DAP dan PAN bagi menggantikan PAS.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng melalui akaun twitternya menyatakan yang beliau berharap gabungan baharu itu akan dapat membawa fenomena baharu dengan adanya PAN yang mampu menarik undi bangsa Melayu menggantikan PAS.

Kenyataan itu bagaimanapun mula bercanggah apabila Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan yang pihaknya masih mengharapkan PAS menyertai gabungan itu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan kemudian memberi kata putus bahawa parti itu tidak akan sesekali menyertai PH.

Takiyuddin berkata, PAS tidak mahu lagi bersekongkol dengan DAP yang sering menyerang parti Islam itu dan menjadikan PAS sebagai kuda tunggangan mereka.

Terbaru, bekas pengasas bersama kelab penyokong PAS, Hu Pang Chaw berkata, beliau tidak menolak kemungkinan untuk PAS bergabung dengan PH jika Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak memegang jawatan Presiden parti Islam itu.

“Hu Pang Chaw cakap seolah-olah PAS hendak sangat menyertai PH, macam hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.

“Dan saya nak nyatakan, bukan Presiden yang tak mahu sertai tetapi hasrat pimpinan lain juga,” kata Iskandar yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian