Pasukan debat UITM duduki tempat kedua dunia

aa87

BANGI, Jumaat – Pasukan debat Universiti Teknologi Mara (UiTM) kini berjaya menduduki tempat kedua di dunia.

Dua wakilnya, pelajar jurusan undang-undang UiTM, Mohd Mifzal Mohd Murshid Kieron, 22, dan Jasmine Ho Abdullah, 22, yang mewakili Malaysia di Kejohanan Debat Universiti Sedunia (WUDC) menjelang 2016 ini di Thessaloniki, Greece.

WUDC merupakan kejohanan yang terbesar yang melibatkan lebih 400 penyertaan daripada 250 buah universiti dari 70 negara yang mengambil bahagian sehingga 4 Januari ini.

Tiga pasukan Malaysia yang berjaya berada di kedudukan 48 teratas adalah UiTM dan dua pasukan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) masing-masing menduduki tempat 26 dan 36.

Antara lawan UiTM bagi kejohanan itu ialah Universiti Sydney, Universiti Yale, Universiti Harvard, Kolej Trinity Dublin, Universiti Cambridge dan Universiti Oxford.

Tahun 2015 menyaksikan pencapaian kedua-dua pelajar UiTM itu apabila menjuarai kejohanan Debat Intervasity Cambridge (Cambridge IV) yang telah diadakan di Britain pada November tahun lalu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian