PDRM sahkan dua pengebom rakyat Malaysia terbunuh

ayob-khan

BANGI, Isnin – Dua pengebom bunuh diri rakyat Malaysia daripada Kumpulan Militan Iraq dan Syria (IS) disahkan terbunuh ketika serangan yang mengorbankan lebih 30 orang dalam dua kejadian berasingan di Syria dan Iraq.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Keganasan, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayub Khan.

Terdahulu laporan akhbar New Straits Times hari ini menyebut, Mohd Amirul Ahmad Rahim, 26, meletupkan bom di dalam sebuah kereta di Raqqa, Syria, sebagai menunjukkan tentangan terhadap Gabungan Angkatan Demokratik Syria yang telah membunuh 21 pejuang Kurdish pada 29 Disember lalu.

Manakala, pada malam 3 Januari, Syazwan dan enam pengebom bunuh diri lain telah pergi ke sebuah pusat latihan polis di pangkalan tentera Speicher, yang terletak di 160 kilometer dari Baghdad.

Kedua-dua pemuda itu dilaporkan menjalankan misi bagi kumpulan pengganas IS yang berpangkalan di Syria dan Iraq.

Sebelum ini, Syazwan dilaporkan telah meninggalkan kampung halamannya di Selangor bersama adiknya, Muhamad Shazani, 28, pada 23 September 2014, melalui Istanbul, Turki untuk menyertai IS.

Muhamad Shazani, yang dikenali sebagai Abu Aydan di kalangan rakan-rakannya, pada mulanya berkhidmat sebagai pencuci sebelum dia dilantik menjadi penembak tepat dan pengebom bunuh diri.

Dia meninggal dunia dalam misi berani mati pada 18 September tahun lalu di Bayji, dalam pertempuran dengan tentera Iraq.

Kematian Amirul dan Syazwan menjadikan jumlah keseluruhan rakyat Malaysia yang terbunuh dan terlibat dengan IS seramai 17 orang.

Daripada jumlah itu, enam pernah berkhidmat sebagai pengebom bunuh diri, manakala selebihnya mati ketika pertempuran.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian