PDRM tumpu ancaman media sosial cetus kekecohan agama

khalidd

KUALA LUMPUR, Selasa – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memberi tumpuan membanteras jenayah dan ancaman media sosial sebagai fokus utama mereka pada tahun ini, selepas mendapati ramai pengguna semakin melampaui batas dan dilihat berpotensi mengganggu ketenteraman awam, selain mencetuskan kekecohan berkaitan agama.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata daripada kajian yang dijalankan, Malaysia mempunyai 14 juta pengguna Facebook dan dianggap antara yang paling teruk dari segi membuat komen di Facebook dan Twitter

“Ini menunjukkan bahawa rakyat kita kurang matang dalam mengendalikan media sosial.

“Maka untuk mengatasi masalah ini, Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis PDRM bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan memantau serta mengesan mereka yang terlibat dengan kesalahan ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan semua jabatan PDRM peringkat Bukit Aman, hari ini.

Selain itu, katanya, PDRM juga akan memberi tumpuan kepada memperkasakan penyampaian perkhidmatan ke arah kepolisan moden dan memantapkan integriti serta pematuhan standard warga PDRM.

Khalid berkata, selain itu PDRM juga akan mempertingkat usaha mengatasi masalah jenayah di negara ini terutama jenayah kekerasaan dan harta benda. – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian