PDRM tunggu pengesahan rasmi rakyat Malaysia jadi pengebom bunuh diri

Khalid-Abu-Bakar

KUALA LUMPUR, Selasa – Polis sedang menunggu pengesahan rasmi mengatakan dua rakyat Malaysia terbabit dalam serangan bunuh diri di Iraq dan Syria, yang menyebabkan sekurang-kurangnya 30 orang terkorban, baru-baru ini.

Ketia Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata walaupun polis 45 peratus pasti pengebom itu adalah warganegara Malaysia, pihak berkuasa bimbang identiti mereka disalah guna.

“Terdapat laporan mengatakan bahawa pengebom adalah rakyat Malaysia tetapi kita masih menunggu laporan rasmi. Kita perlukan kepastian,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Khalid berkata, polis juga akan terus memantau aktiviti militan di kalangan rakyat Malaysia.

“Kita tahu terdapat rakyat Malaysia di sana dan kita juga telah diberitahu bahawa rakyat Malaysia terlibat sebagai pengebom berani mati sebelum ini,” katanya.

New Straits Times semalam melaporkan dua pengebom bunuh diri warganegara Malaysia dikatakan meletupkan diri mereka di dua negara bergolak di Timur Tengah baru-baru ini.

Mohd Amirul Ahmad Rahim, 26, dan Mohd Syazwan Mohd Salim, 31, dilaporkan menjalankan misi bagi kumpulan pengganas IS yang berpangkalan di Syria dan Iraq.

Amirul dilaporkan meletupkan bom di dalam sebuah kereta di Raqqa, Syria, sebagai menunjukkan tentangan terhadap Gabungan Angkatan Demokratik Syria yang telah membunuh 21 pejuang Kurdish pada 29 Disember lalu.

Pada malam 3 Januari pula, Syazwan dan enam pengebom bunuh diri lain telah pergi ke sebuah pusat latihan polis di pangkalan tentera Speicher, yang terletak di 160 kilometer dari Baghdad.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian