Peguam Negara kembalikan kertas siasatan SRC International, RM2.6 bilion

apandi

BANGI, Isnin – Jabatan Peguam Negara mengembalikan semula kertas-kertas siasatan berhubung kes SRC International dan dana RM2.6 bilion yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tahun lalu.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata selepas ia diteliti dan dikaji pejabatnya telah mengarahkan supaya semua kertas siasatan tersebut dikembalikan kepada SPRM dalam masa terdekat untuk mendapatkan penjelasan.

“Setelah meneliti keseluruhan keterangan di dalam kertas-kertas siasatan itu, pejabat ini hari ini mengembalikan kertas-kertas siasatan tersebut untuk mendapatkan penjelasan daripada SPRM mengenai beberapa cadangan dan tindakan yang disyorkannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Disember tahun lepas, SPRM telah mengemukakan dua kertas siasatan berkaitan dua kes SRC International dan satu kertas siasatan berkaitan kes melibatkan dana RM2.6 bilion kepada Pejabat Peguam Negara.

SRC International merupakan anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian