Pekerja Palestin derma satu peratus gaji untuk bina rumah

image

TEBING BARAT, Rabu – Pertubuhan Pekerja Awam Palestin semalam mengumumkan bahawa ahli-ahlinya akan menderma satu peratus daripada gaji mereka bulan ini kepada keluarga Palestin yang rumah mereka dirobohkan askar rejim Zionis Israel.

Ketegangan yang meningkat di wilayah diduduki rakyat Palestin telah menyebabkan berpuluh-puluh kematian dan pertempuran.

Ketua pertubuhan pekerja berkenaan, Bassam Zakarneh berkata, beliau menjangkakan sebanyak 16 juta shekel (AS$4 juta) bakal dikumpulkan bagi membantu mereka berpindah ke rumah baru dalam tempoh enam bulan.

Katanya, jika pertubuhan Palestin yang lain membuat tawaran yang sama, sebanyak 90 juta shekel (AS$22.9 juta) boleh dikumpulkan.

“Sumbangan ini merupakan satu usaha untuk menghadapi dasar hukuman kolektif terhadap rakyat kita,” katanya.

Beliau berkata, sumbangan akan dipindahkan ke satu jawatankuasa kerajaan dengan setiap pertubuhan menghantar seorang wakil untuk menguruskan tindakan susulan.

Perobohan rumah punitif dipercepatkan atas permintaan pemimpin Zionis, Benjamin Netanyahu dan pelaksanaannya dimulakan sejak pertengahan Oktober lalu. – Agensi

 
Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian