Pemimpin Islam tak peka guna tubuh wanita seksi pikat pelancong

ridhuan-tee (1)

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, Isnin – Pendakwah bebas, Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron yang ingin memperalatkan wanita bagi mempromosikan negeri itu.

“Ajaran (agama) apakah di dunia yang menghalalkan wanita berpakaian seksi, menghalalkan arak, judi dan lain-lain lagi.

“Hina sungguh sesuatu agama itu jika ada yang menghalalkan perkara di atas, yang amat ditegaskan dalam Islam,” katanya.

Ridhuan Tee turut menyindir ketidaktegasan pemimpin negara dalam memperjuangkan syariah Islam bagi penerbangan konvensional.

“Sudah sekian lama saya bercakap supaya kita mengikuti cara pesawat Brunei. Bukan Islam di sana ada 30 peratus. Kenapa mereka boleh menerima? Jawapannya, mudah. Pemimpin di sana ada willpower.

“Kita bagaimana? Tidak bertegas. Terperangkap dalam permainan undi. Meskipun mereka tidak pernah mengundi kita, walaupun dalam satu Barisan. Inilah nasib Melayu. Terlalu memberikan, sehingga orang lain naik kepala,” katanya, dalam Sinar Harian hari ini.

Berkenaan isu menghidangkan arak di atas penerbangan, beliau menegaskan bahawa pelancong datang bukan untuk meminum arak, tetapi melihat negara, budaya dan cara hidup kita.

“Kenapa terhegeh-hegeh dengan budaya asing. Malah bangga lagi. Dalam hati pelancong sudah tentu tertawa, bodoh sungguh kita.

“Kualiti arak mereka jauh lebih baik dari kita. Yang kita hidangkan pun adalah arak yang diimport dari mereka. Kenapa hidangkan minuman mereka, bukan minuman kita? Hidangkanlah sirap dan cendol.

“Jika arak itu baik, suruhlah sahaja pilot minum dahulu. Kenapa pilot diperiksa bebas dari arak dan dadah sebelum memandu pesawat,” katanya.

Membidas perkara itu, beliau menjelaskan mengapa syarikat bukan Islam perlu patuh kepada kehendak syariah.

“Malaysia adalah negara Islam. Islam agama Persekutuan. Ia harus dihormati oleh semua pihak. Islam memang menghormati agama lain, asalnya ia tidak mengganggu kita.

“Kepada Rayani Air, gua caya sama lu. Terbanglah setinggi yang kau mahu. Saya yakin, penumpang akan rasa selamat, walaupun hilang di mata. Aku tetap akan memilihmu. Allah bersamamu meskipun tidak bersunat,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian