Pemimpin nombor dua Ikhwan Muslimin Jordan dibebaskan

ZAKI BANI ERSHEID
AMMAN, Rabu – Kerajaan Jordan mengumumkan pembebasan Timbalan Ketua Ikhwanul Muslimin, Zaki Bani Ersheid setelah dipenjara 18 bulan selepas mengecam langkah Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengisytiharkan pergerakan politik Islam berkenaan dan sekutunya sebagai kumpulan pengganas.

Zaki dibebaskan pada hari Isnin setelah ditangkap pada November 2014 ketika menghadiri mesyuarat di ibu pejabat parti di Amman.

Beliau adalah penahanan pertama seorang tokoh politik pembangkang di Jordan sejak beberapa tahun lalu.

Pergerakan Ikhwanul Muslimin Jordan adalah parti politik pembangkang terbesar di negara itu. Ia sudah lama bergerak dan mempunyai sokongan di peringkat akar umbi di kebanyakan tempat.

Pertuduhan terhadap Zaki muncul ketika mana polarisasi semakin meningkat di rantau ini, dengan beberapa negara-negara Arab seperti Mesir dan UAE menetapkan pandangan yang lebih keras terhadap kumpulan Islam.

Pergerakan Ikhwan Muslimin secara rasmi diharamkan di Mesir dan beberapa negara Teluk Arab. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian