Pengubahsuaian Bajet 2016: Mansuh biasiswa JPA bayangan rakyat bakal dibebani

tuan-ibrahim

BANGI, Jumaat – Keborosan dan tidak pandai mengurus kewangan negara menyebabkan kerajaan di bawah kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak sekarang ini lebih banyak bergantung kepada cukai barangan dan perlkhidmatan (GST) yang dikenakan kepada semua lapisan rakyat, termasuk orang miskin.

Di tambah dengan keruntuhan harga minyak dunia menyebabkan sumbangan Petronas kepada negara turut berkurangan, PAS bimbang pengubahsuaian Bajet 2016 yang akan dibentangkan Perdana Menteri pada 28 Januari ini hanya akan menambah beban hidup rakyat.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata bayangan bahawa hidup rakyat akan terjejas boleh dilihat sekarang apabila kerajaan menggantung biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi pelajar peringkat sarjana muda dan bursari kepada pelajar program pra universiti tahun ini.

Menyokong penyusunan semula bajet itu, beliau bagaimanapun berkata, rakyat dikejutkan dengan pengumuman awal mengenai penggantungan biasiswa JPA dan kemunculan AES yang bakal menjadi galang ganti kepada kadar GST tidak dinaikkan.

Katanya, rakyat Malaysia amat berharap supaya Perdana Menteri mengambil tindakan drastik mengurangkan ‘kos dara kerajaan’ terlebih dahulu.

“Oleh itu, PM mesti menunjukkan teladan dengan menghentikan sikap boros beliau dan keluarga yang menjadi buah mulut rakyat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain memberi beberapa cadangan, Tuan Ibrahim turut meminta Najib mengurangkan penasihatnya yang bertaraf menteri, termasuk pembantu yang disediakan untuk mereka.

Antaranya ialah Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin (Penasihat Agama Kepada Perdana Menteri); Datuk Seri Zainal Abidin Osman (Penasihat Khas Kepada Perdana Menteri Mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara); Tan Sri Dr Rais Yatim (Penasihat Hal Ehwan Sosial dan Kebudayaan Kepada Kerajaan Malaysia).

Tan Sri Ong Ka Ting (Duta Khas Perdana Menteri ke Republik Rakyat China); Datuk Seri Tiong King Sin (Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Timur merangkumi Jepun, Korea Selatan dan Taiwan); Datuk Seri S Samy Vellu (Duta Khas ke India dan Asia Selatan dalam bidang infrastruktur).

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Penasihat Pembangunan Keusahawan dan Ikhtisas Wanita) dan Datuk Seri Shaziman Abu Mansor (Penasihat Perdana Menteri).

“Bayangkan kehampaan yang dirasai rakyat apabila mendengar berita PM terus memperkenalkan polisi yang menekan mereka dengan penggantungan biasiswa JPA dan pengenalan semula AES.

“Rakyat menaruh harapan tinggi pada pengubahsuaian bajet yang bakal diumumkan 28 Januari ini.

“Namun, nampaknya rakyat kena bersedia terus dihampakan jika keputusan menggantung biasiswa JPA dan juga membawa kembali AES dijadikan ukuran,” katanya.

yahudi-tppa (1)

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian