Pengubahsuaian Bajet 2016: Tiada kenaikan kadar GST

MO-bajet-2016

BANGI, Jumaat – Kerajaan memberi jaminan bahawa tiada kenaikan berlaku terhadap kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dalam pengubahsuaian Bajet 2016.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata rakyat Malaysia masih belum bersedia menyerap sebarang kenaikan kadar GST dan kerajaan prihatin terhadap isu kos hidup rakyat.

“Apa-apa pendekatan yang akan diambil (dalam pengubahsuaian Bajet 2016) akan mengambil kira faktor pertumbuhan, pekerjaan, inflasi dan kos sara hidup.

“Untuk pengubahsuaian Bajet 2016, kita akan laksana pendekatan yang boleh diterima secara positif oleh pasaran dan rakyat,” katanya dipetik Utusan hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan pengubahsuaian Bajet 2016 pada 28 Januari ini berikutan penurunan harga minyak mentah hari ini dan menjejaskan mata wang tempatan.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah memberitahu pengubahsuaian bajet ini akan menyaksikan pengurangan dalam perbelanjaan pengurusan dan penangguhan projek pembangunan yang bukan keutamaan.

“Tiada pemotongan gaji bagi kakitangan awam. Kami mahu pastikan penyampaian perkhidmatan tidak terjejas. Jadi kami tidak akan berkompromi dalam penyampaian perkhidmatan,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian