Pertikai fatwa: EXCO DAP tak faham konsep Rahmatan Lil Alamin, Maqasid Syarak

Zamri-isma-ipoh-timb-mufti
Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, Rabu – Timbalan Mufti Perak hari ini menempelak Exco parti rasis dan cauvinis DAP, Datuk Teng Chang Khim apabila mempertikai keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang memutuskan rokok elektronik atau vape sebagai haram.

Sambil menyifatkan Datuk Teng sengaja mahu menafikan peranan Islam sebagai asas kenegaraan Malaysia, katanya kenyataan yang dikeluarkan sebenarnya adalah kesinambungan kepada gerakan menafikan moral policing dalam masyarakat.

“Dia sengaja mahu menimbulkan rasa tidak senang hati kepada agensi yang diberi tanggungjawab untuk menjaga keharmonian agama dan akhlak rakyat khususnya.

“Sedangkan hakikat yang perlu diketahui, kerajaan berhak untuk menerima nasihat dari Muzakarah Fatwa Kebangsaan atas asas keistimewaan Islam dalam perlembagaan negara,” katanya kepada Ismaweb.

Semalam Datuk Teng menyifatkan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan pengharaman vape sebagai haram adalah tidak berperlembagaan.

Sambil mempertikai keputusan majlis fatwa itu beliau berkata, pengharaman berkenaan mencabuli hak masyarakat bukan Islam.

“Bagaimanapun, menguatkuasakan undang-undang Islam, termasuk apa-apa keputusan oleh mana-mana jawatankuasa fatwa, sama ada oleh negara atau negeri pada semua rakyat tanpa mengira pegangan agama mereka, melanggar hak-hak sivil orang bukan Islam mengikut Perlembagaan Persekutuan,” kata Adun Sungai Pinang itu.

Bidas Ustaz Zamri yang juga merupakan Yang Dipertua Isma Ipoh, Datuk Teng masih jauh untuk memahami konsep “rahmatan lil alamiin” dan konsep maqasid syariah walaupun pelbagai seminar sudah dihurai dalam pentas politik.

“Beliau patut tahu Islam merupakan agama yang benar-benar membawa rahmat kepada seluruh alam dan kebaikannya juga ditawarkan kepada mereka yang tidak mengakui keesaan Allah.

“Hukum hakam Islam juga menolak kemudaratan yang mana Islam juga mahu ia terhindar dari orang bukan Islam.

“Hak asasi bukan Islam di negara ini juga terjamin dengan memberikan hak mereka mereka untuk hidup jauh daripada perkara yang membahayakan diri mereka,” katanya.

BERITA BERKAITAN:

EXCO DAP pertikai fatwa haram vape
Vape: Tanggungjawab pemimpin jaga kesihatan rakyat tanpa kira agama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian