Peserta KLS Kuala Terengganu terbaik

photo_2016-01-11_11-33-36

KUALA TERENGGANU, 15 Jan – Peserta Karnival Lepasan Sekolah (KLS) 2016 cawangan Kuala Terengganu terbaik.

Itulah yang dapat digambarkan dengan penyertaan lebih 300 orang peserta daripada 55 buah sekolah sekitar Kuala Terengganu di Dewan Auditorium Mahyuddin, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) baru-baru ini.

Karnival yang berlangsung sehari ini padat dengan pelbagai pengisian menarik seperti halatuju selepas SPM, tips temuduga dan biasiswa, pameran kerjaya serta forum survival kampus.

Para penceramah berkaliber ditampilkan seperti Coach Mohd Nor Bakri Shafie iaitu pakar motivasi, Ustaz Suhail Sufian; Pegawai Syariah Bank dan ramai lagi untuk memberi bimbingan serta inspirasi kepada peserta yang hadir.

Suasana karnival digamatkan lagi dengan pelbagai kisah pengalaman segar yang mencuit hati seperti cabaran belajar di luar negara, tips menawan hati penemuduga, serta kisah inspirasi menurut cita-cita ibu yang membawa kejayaan.

Semoga matlamat KLS untuk membantu para lepasan sekolah dalam menentukan hala tuju masa depan mereka terlaksana. Karnival yang bermanfaat, penuh aura motivasi dan inspirasi ini sememangnya sangat rugi jika tidak dihadiri oleh para pelajar lepasan SPM/STPM/STAM.

Justeru, bagi pelajar lepasan sekolah sekitar Terengganu yang terlepas KLS di Kuala Terengganu boleh menyertainya di Kemaman yang akan berlangsung pada 23 Januari ini. Hubungi 013-3937124 (Raja Sham)/013-4936973 (Hawa)/013-9844103 (Nizam) untuk maklumat lanjut.

 

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian