Polis ambil alih siasatan salah guna media sosial daripada SKMM

pdrm-media

CYBERJAYA, Rabu – Dalam usaha membanteras penyalahgunaan media sosial, khususnya yang melakukan hasutan, memperkecil dan membenci kerajaan, Jawatankuasa Khas Pengawasan Persekutuan memutuskan polis akan mengambil alih semua siasatan berhubung kes berkaitan.

Jawatankuasa khas itu yang mengadakan mesyuarat buat pertama kali di sini hari ini membuat keputusan iaitu anggota polis turut ditempatkan di Jabatan Siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyelaras siasatan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Mohd Salleh Said Keruak berkata, jawatankuasa memutuskan bahawa siasatan akan diketuai pihak polis dengan bantuan SKMM dan Jabatan Peguam Negara yang melantik Timbalan Pendakwa Raya untuk tujuan ini.

“Keputusan dibuat untuk menyelaraskan tindakan kita, dan kita telah mengenal pasti undang-undang, yang memboleh kami gunakan bersama-sama untuk mengambil tindakan terhadap penyalahgunaan media sosial,” katanya.

Jawatankuasa yang dipengerusikan Mohd Salleh bertujuan melumpuhkan pengguna Internet yang menyalahgunakan medium itu untuk memfitnah dan menghasut untuk memperkecilkan atau menyemai kebencian terhadap institusi kerajaan, bertemu buat kali pertama hari ini.

Mesyuarat turut dihadiri Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar; Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Pengerusi SKMM, Datuk Seri Dr Halim Shafie serta Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad.

“Mesyuarat bersetuju, bahawa tindakan tegas akan dikenakan terhadap mereka yang menggunakan media sosial bagi tujuan memfitnah, menyalahgunakan atau menghasut orang lain untuk memperkecilkan kedudukan atau menyemai kebencian terhadap institusi kerajaan,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian