Polis tangkap lelaki rancang pengeboman di Kuala Lumpur

suspekk

KUALA LUMPUR, Ahad – Polis menangkap seorang ejen insurans berusia 28 tahun yang dilaporkan merancang serangan bom bunuh diri di negara ini, susulan tindakan pengganas IS di Jakarta, Khamis lalu.

Lelaki itu yang berasal dari Terengganu dan sudah mempunyai sasarannya ditahan anggota Bahagian Anti Keganasan, Cawangan Khas Bukit Aman, Jumaat lalu.

“Suspek yang memasang bendera IS di Terengganu, Perak, Selangor dan Johor menerima arahan daripada pemimpin IS di Syria supaya menyasarkan Malaysia,” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Pemasangan bendera itu adalah sebagai amaran kepada pihak berkuasa supaya berhenti daripada menganggu anggota IS.

The Star memetik sumber sebagai berkata suspek merancang melakukan serangan di kawasan strategik di bandar raya.

“Sasarannya mungkin pusat hiburan atau bangunan kerajaan. Tetapi, dia ditangkap sebelum berjaya melakukan tugasnya,” kata sumber itu sambil menyatakan lelaki terbabit memiliki pisau dan beberapa dokumen berkaitan IS ketika ditahan.

Dalam kes lain, Khalid berkata, Turki menyerahkan tiga lelaki rakyat Malaysia yang dikatakan cuba menyelinap masuk ke Syria dari Gaziantep, Turki pada 15 November tahun lalu.

Katanya, militan Malaysia Muhammad Wanndy Mohamed Jedi dikatakan merekrut ketiga-tiga lelaki itu melalui laman Facebook dan media sosial lain serta menguruskan pemergian mereka ke Syria.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian