PRU14: PAS bentuk kerjasama politik dengan NGO

nasaruddin2

KOTA BHARU, Ahad – PAS akan menggunakan kuasa ketiga iaitu pembentukan kerjasama politik dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai persiapan awal menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasruddin Hassan.

Beliau berkata, kerjasama awal itu dirintis melalui Kongres Rakyat yang berjaya menghimpunkan lebih 50 NGO.

“Kita sebenarnya tidak bersendirian. Kita akan bentuk blok dengan kaedah kita sendiri. Kita dekati NGO yang berperanan sebagai kuasa ketiga.

“Kejayaan penganjuran Kongres Rakyat pada September tahun lepas akan diteruskan dengan perhimpunan aman membantah TPPA, Sabtu ini.

“Perhimpunan itu digerakkan PAS dengan gemblingan lebih 200 NGO akan berhimpun di Dataran Merdeka bagi menyuarakan bantahan rakyat,” katanya pada Liqa Penerangan PAS Kelantan di Putik, semalam.

Nasruddin yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata, selain NGO, PAS juga mengadakan kerjasama politik dengan beberapa parti kecil termasuk Parti Ikatan Bangsa Malaysia dan Partai Cinta Malaysia.

Katanya, banyak lagi parti kecil yang menunjukkan kebersamaan dalam perjuangan.

Ustaz Ahmad yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS berkata ada pihak sebelum ini mendakwa PAS hanya hendak keredhaan Allah sahaja dan tidak mahu menang dalam pilihan raya.

“Tuduhan mereka itu tidak betul. Kita berjuang untuk menang dengan mendapat keredhaan Allah,” katanya.

Beliau juga berkata biar pun parti serpihan, PAN tidak mendapat sokongan meluas di Kelantan, namun PAS perlu bekerja lebih keras bagi menarik sokongan rakyat.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian