Rakyat Malaysia habiskan tiga jam guna telefon pintar

telfon

BANGI, Khamis – Rakyat Malaysia menghabiskan masa lebih daripada tiga jam bersama telefon pintar dan menggunakan secara purata 323MB data setiap hari, menurut laporan terkini Persona The Smartphone User (SUPR) 2015.

Laporan kajian itu dikeluarkan pada 19 Januari oleh Vserv – platform data pintar terkemuka untuk perniagaan dan pemasaran mudah alih – bersama kajian yang dijalankan oleh Nielsen Informate Mobile Insights.

Kajian itu mendapati 40 peratus daripada masa pengguna digunakan untuk rangkaian sosial dan berbual, 36 peratus untuk hiburan dan 15 peratus lagi untuk aplikasi utiliti.

Laporan itu mengkategorikan pengguna kepada enam persona yang berbeza, berdasarkan jenis penggunaan mereka.

“Adalah penting bagi pemasar meningkatkan kerelevanan khidmat pesanan mereka dan memperkayakan pengalaman pengguna mereka. Mereka perlu merangka strategi memberi tumpuan kepada persona pengguna dan niat mereka,” kata Naib Presiden Pemasaran Global untuk Vserv, Pranab Punj.

Data Guzzlers membentuk 20 peratus daripada pengguna. Mereka menggunakan data yang besar, kebanyakannya untuk pelayaran dan permainan, kebanyakannya lelaki dan yang berumur antara 18 dan 24 tahun.

Kumpulan yang seterusnya terbesar adalah Dabblers dengan 19 peratus, yang menunjukkan penglibatan paling rendah dengan telefon pintar mereka.

App Junkies membentuk 17 peratus daripada jumlah keseluruhan. Kumpulan ini menunjukkan jumlah tertinggi aplikasi dan permainan yang dimuat naik dalam sebulan dengan purata 11.

Power Users menghabiskan hampir setiap masa pada telefon pintar, kira-kira 219 minit sehari. Sebahagian besarnya adalah perempuan, kategori umur antara 18 hingga 24 tahun dan menggunakan berbilang genre aplikasi.

Baki kategori Utilitarians (15%) yang menggunakan aplikasi utiliti untuk panggilan suara, berita dan e-mel, dan bintang Social (13%) yang menghabiskan hampir setiap masa di rangkaian sosial.

Menurut laporan itu, Malaysia mempunyai 11 juta pengguna telefon pintar tahun ini, 64 peratus daripada mereka di bawah umur 30 tahun dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 10 peratus, jumlah itu dijangka mencapai 11.8 juta pada tahun 2017.

The SUPR 2015 adalah berdasarkan data yang dikumpul dari lebih 1,244 pengguna telefon pintar di Malaysia, dalam tempoh tiga bulan.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian