Rakyat Melaka terkilan pertandingan Ratu Cantik diteruskan esok

ratu-3Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, Jumaat – Rakyat Melaka melahirkan kekecewaan dan rasa terkilan dengan tindakan kerajaan negeri yang tetap akan membawa 52 ratu cantik dunia sebagai promosi pelancongan.

Ketua Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Melaka berkata sekalipun pelbagai nasihat dan teguran telah dinyatakan kepada pihak penganjur dan Ketua Menteri negeri itu, tetapi Pertandingan Ratu Cantik Pelancongan Dunia di Melaka tetap akan diadakan.

“Banyak pihak telah menegur YAB Ketua Menteri Melaka, namun semua itu sia-sia belaka. Sehingga kini diam seribu bahasa setelah mengeluarkan kenyataan menyokong penganjuran tersebut sebagai modal menarik lebih ramai pelancong ke negeri Melaka.

“Retorika orang politik yang hanya melihat keuntungan dunia semata dan juga demi menjaga periuk nasi undi politik,” katanya dalam satu kenyataan kepada Ismaweb hari ini.

Baru-baru ini, Datuk Seri Idris Haron memaklumkan pihaknya akan menganjurkan pertandingan akhir ratu cantik Miss Tourism di negeri itu pada 16 Januari, esok.

Pertandingan ini melibatkan 52 Ratu Cantik Dunia dari pelbagai negara dan akan diadakan Hotel Swiss Garden jam 7 malam esok.

Sebelum ini Datuk Idris berkata, pertandingan ini merupakan pendekatan bijak bagi mempromosi pelancongan negeri dengan meletakkan Melaka sebagai destinasi pelancongan berjenama besar.

Mengulas lanjut Aizam beliau berkata, rakyat Melaka sebenarnya sayang dan cintakan Islam di negeri tercinta ini.

“Jadi kami menyeru pihak-pihak yang rapat dengan Ketua Menteri agar terus memberi nasihat kepada beliau dan minta beliau bertaubat segera serta tidak mengulangi perbuatan seperti ini,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian