Ramai rakyat Malaysia sertai Katibah Nusantara, kata perisik
BANGI, Ahad – Ramai rakyat Malaysia dikatakan terbabit dalam gerakan Katibah Nusantara – sayap pergerakan IS dianggotai orang Melayu di Malaysia dan Indonesia – menyebabkan pasukan keselamatan negara diletakkan dalam keadaaan berjaga-jaga pada tahap tertinggi.
The Star Online memetik sumber perisikan mengatakan mereka mengenal pasti lebih 200 pejuang dari Indonesia dan Malaysia telah menganggotai pergerakan itu.
“Kumpulan serpihan pengganas ini semakin terkenal dalam hirarki IS.
“Selain melakukan tugas-tugas kecil, pejuang Katibah Nusantara ini amat diperlukan bagi menjalankan tugas khas, termasuk sebagai penembak tepat dan pengebom bunuh diri,” kata sumber itu seperti dilaporkan.
Katibah Nusantara mula mendapat perhatian agensi perisikan sejak dua tahun lalu apabila ia dinamakan Majmu’ah al Arkhabiliy.
Unit kecil pergerakan itu bermula dengan kira-kira 100 anggota berpangkalan di Raqqa, Syria dan beroperasi mengikut model ketika perang di Afghanistan.
“Anggota dari Malaysia dan Indonesia diletakkan dalam satu kompleks bersama keluarga mereka.
“Seperti perang di Afghanistan, militan dari Malaysia, Indonesia dan kadang kala dari Singapura, bergabung untuk mewujudkan kumpulan dari Asia Tenggara kerana penggunaan bahawa perbualan yang sama,” kata sumber itu.
Sumber lain pula menurut pertal berkenaan, berkata pangkalan kumpulan itu di Raqqa boleh dianggap sebagai mini Malaysia dan Indonesia.
Anggota baru yang tiba di Syria akan diberi latihan penggunaan senjata api selama sebulan.
Pakar perisikan juga telah mengeluarkan amaran bahawa militan yang pulang ke negara asal boleh memainkan peranan penting bagi memperluaskan pengaruh IS dan serangan, sama seperti yang berlaku di Jakarta, Khamis lalu.
“Pihak berkuasa mesti memantau militan yang pulang. Militan ini pulang dengan pengalaman peperangan dan kepakaran mereka ini akan dieksploitasi sepenuhnya oleh IS,” lapor portal itu yang memetik satu sumber lain.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Keganasan, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayub Khan, pula dilaporkan berkata mengumpul maklumat perisikan adalah penting dalam menghalang serangan daripada berlaku di tanah air.
“Katibah tidak boleh dipandang ringan. Kami juga memantau untuk melihat jika kumpulan ini menghubungi atau bekerjasama dengan mana-mana militan di Malaysia,” katanya.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan