Rayani Air tidak guna nama Islam untuk kaut keuntungan

rayaniairkru1 (1)

KUALA LUMPUR, Jumaat – Syarikat penerbangan baru, Rayani Air menafikan dakwaan yang dikeluarkan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa pihaknya menggunakan nama Islam untuk mengaut keuntungan.

Ketua Pengarah Operasinya, Kapten Sumar Lee Hashim Lee berkata apa yang cuba diketengahkan Rayani Air dengan menampilkan ciri-ciri Islam adalah kerana ianya bertepatan dengan imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Katanya Rayani Air tidak bermotifkan keuntungan semata-mata, sebaliknya cuba membantu bangsa Melayu khususnya dalam mendapatkan pekerjaan.

Meskipun pemilik penerbangan itu adalah berbangsa India, namun konsep keislaman yang diterapkan itu adalah cetusan idea daripada empat orang kakitangan dalam bidang pengoperasian termasuk beliau sendiri.

Baru-baru ini Tun Mahathir mengatakan konsep patuh syariah yang diperkenalkan Rayani Air hanyalah untuk mendapatkan keuntungan dengan menggunakan agama Islam semata-mata.

Jawab Kapten Sumar, itu pandangan peribadi Tun, dalam sesuatu perniagaan apa-apa pun memang nak untung, kalau tak mahu untung tak payahlah berniaga.

“Tapi bila ada dakwaan kita guna nama Islam untuk kaut keuntungan, itu tak betul, kita hanya bawa ciri-ciri Islam dalam syarikat penerbangan ini.

“Contohnya kita tengok perniagaan tudung Fareeda, Neelofar, kalau tak kerana ciri-ciri Islam yang ditampilkan, pengeluar tudung itu sendiri pun takkan untung. Pakai tudung buat kerja salahkah?. Ia sopan, Islam wajib pakai tudung, itu antara ciri-ciri Islam yang kita masukkan (dalam Rayani Air), di Malaysia juga sekarang ni ciri keislaman menjadi satu tarikan dan ia adalah satu kebaikan.

“Bukan nak tunjuk lebih Islam, cuma kita nak penuhi kehendak keislamaan dengan mengetengahkan konsep ciri-ciri Islam dimana kita wajibkan pekerja kita pakai tudung.

“Polisi yang kita buat tu disambut baik, bukan setakat pekerja menyambut baik, malah sekarang ni orang Malaysia semakin ramai memakai tudung,” katanya, lapor BNBBC.

Rayani Air bulan lalu memperkenalkan imejnya sebagai syarikat penerbangan yang mewajibkan anak kapal kabinnya memakai tudung bagi yang beragama Islam.

Syarikat itu juga menyediakan makan minum daripada sumber halal, melarang minuman keras dan mengamalkan bacaan doa sebelum memulakan penerbangan.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian