Rebat kad prabayar telefon bermula, syarikat diberi amaran

jj-kadd

BANGI, Jumaat – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia memberi amaran kepada syarikat telekomunikasi yang gagal memberi rebat cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kepada pengguna perkhidmatan prabayar telefon mudah alih bermula hari ini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata, pihak terbabit yang gagal mematuhi Panduan Peraturan Berhubung Pendaftaran Pengguna Akhir bagi Perkhidmatan Selular Awam Prabayar, bakal dikenakan tindakan.

Beliau berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah mula membuat pemantauan pelaksanaan rebat prabayar itu hari ini.

“Pengguna warganegara akan membayar RM10 untuk kad prabayar dan bila diaktifkan, mereka akan dapat kredit sebanyak RM9.43 airtime, kemudian sebanyak RM0.57 akan dikreditkan dalam masa 24 jam… ini adalah janji kerajaan dan saya sendiri akan pantau dan lihat perkara ini,” katanya.

Isnin lalu, Forum Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) memaklumkan bahawa syarikat telekomunikasi akan memberi rebat kepada pelanggan prabayar mulai 1 Januari hingga 31 Disember 2016.

Rebat berkenaan, bersamaan dengan jumlah GST, akan dikredit secara terus kepada akaun pelanggan prabayar seiring dengan pengumuman kerajaan ketika Bajet 2016 pada Oktober.

Ini bermakna pelanggan yang menambah nilai RM10 akan pada mulanya mendapat masa bual RM9.43 kerana enam peratus GST akan ditolak daripada tambah nilai itu.

Pelanggan akan menerima rebat RM0.57 dalam tempoh 24 jam. GST yang dibayar pelangggan akan dikumpul dan dibayar kepada Jabatan Katam Diraja Malaysia, selaras dengan Undang-Undang GST dan garis panduan untuk semua barangan dan perkhidmatan yang diguna.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian