Remaja perempuan hanya reka cerita diculik

culik-2

BANGI, Jumaat – Kehilangan seorang remaja perempuan Nur Amirah Athirah Abdul Majid, 14, yang didakwa diculik dua lelaki Ahad lalu, ditemui selamat di Banting, semalam.

Gadis itu dilaporkan ditemui kira-kira jam 10 malam tadi, di depan sebuah stesen minyak di Banting bersama-sama seorang pemuda Cina, dipercayai teman lelakinya dan seorang kanak-kanak perempuan Melayu berusia 6 tahun.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata mereka ditemui dalam sebuah kereta oleh sepasukan polis yang menjalankan operasi menjejaki gadis itu.

“Kita berjaya menjejakinya sejak tengah hari semalam dan mengekorinya hingga ke Putrajaya sebelum menahan kedua-duanya di depan stesen minyak terbabit malam tadi,” katanya.

Menurut laporan, gadis berkenaan mengaku bahawa dirinya tidak diculik sebaliknya mengadakan seolah-olah diculik kerana ingin kebebasan.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitter miliknya berkata orang ramai diharap tidak mengeluarkan sebarang spekulasi sebelum kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak polis.

“Gadis Nur Amirah Atirah yang konon diculik telah ditemui selamat. PDRM akan keluarkan kenyataan dalam masa terdekat. Elaklah spekulasi,” tulisnya.

Berita kehilangan Nur Amirah menjadi viral selepas rakaman perbualan telefon gadis itu bersama kakak angkatnya yang mendakwa diculik oleh dua orang lelaki di Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang.

Kehilangan gadis itu mula disedari ibunya Asmah Mamai, 33, petang Ahad lalu selepas wanita itu pulang dari kedai kira-kira jam 2 petang.

Ibu mangsa kemudian cuba mencarinya di kawasan sekitar serta menghubungi anaknya namun gagal sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Sultan Suleiman Isnin lalu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian