Remaja Sandakan praktik kehebatan diri dalam REMBAT

851308187_35194

SANDAKAN, 9 Jan – Kelab Remaja ISMA (KRIM) dengan kerjasama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Syukbah Sandakan telah mengadakan program Seminar Remaja Muslim Hebat (REMBAT) yang bertempat di Masjid Jannatun Naim, minggu lalu.

Program yang dihadiri 43 orang peserta ini bertujuan melahirkan remaja yang mempunyai nilai dan jati diri seorang muslim sejati.

Aktiviti utama dalam REMBAT ialah slot pengisian ‘Aku Remaja Hebat’ yang telah disampaikan oleh saudara Muhammad Nur Bin Selamit yang merupakan aktivis ISMA Syukbah Sandakan.

851333794_53467

Dalam slot tersebut, beliau menekankan sepuluh ciri muwasofat tarbiah yang seharusnya ada pada diri setiap remaja.

“Mungkin ada beberapa ciri yang kita sudah ada tapi perlu dibaiki dan ada ciri-ciri yang belum kita capai kerana ciri itulah yang perlu kita kejar dan jadikan ia sebagai matlamat jangka masa pendek agar mampu menjadi remaja hebat sekaligus menegakkan Islam di muka bumi ini,” ujarnya.

Antara aktiviti lain yang menarik perhatian sepanjang program berlangsung ialah kafilah dakwah di mana para peserta dibawa ke Harbour Mall untuk merasai pengalaman berdakwah kepada orang ramai secara terbuka dengan mengedarkan risalah tahun baharu.

851312909_34931

Menurut Muhammad Fauzi Bin Indra Bangsawan, pengarah program REMBAT, para peserta diharapkan agar menyedari  masalah dan bahaya keadaan pemuda pada zaman kini dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalamnya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian