Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
KUALA LUMPUR, Rabu – Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini apabila pelabur beralih kepada mata wang lebih terjamin berikutan kebimbangan mengenai penyusutan harga minyak mentah.
Pada 5 petang, unit tempatan itu berada pada paras lebih rendah berbanding dolar AS kepada 4.3930/4000 daripada 4.3625/3675, pada Khamis.
Seorang peniaga berkata, kejatuhan harga minyak mentah serta komoditi lain yang dialami negara sedang pesat membangun, menyaksikan ramai pelabur sebaliknya memilih mata wang lebih selamat seperti yen.
Ringgit turut diniagakan rendah berbanding mata wang lain.
Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0486/0539 daripada 3.0375/0349 semalam dan rendah berbanding yen kepada 3.7838/7915 daripada 3.7017/7072, sebelum ini.
Ia bagaimanapun naik berbanding pound British kepada 6.2095/2203 daripada 6.2384/2481 semalam, namun lemah berbanding euro kepada 4.8152/8237 daripada 4.7473/7536, sebelum ini. – Bernama
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan