Ringgit jatuh teruk, harga pakej haji dan umrah naik

pengertian-hajj

BANGI, Isnin – Kesan kejatuhan nilai ringgit berbanding mata wang lain, kini dirasai oleh umat Islam yang bakal  mengerjakan haji dan umrah, apabila pakej bagi kedua-dua ibadah itu yang dikendalikan agensi swasta mula  dinaikkan.

Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel and Tour, Datuk Daud Che Ngah, berkata kejatuhan nilai ringgit menyebabkan  kadar sewaan penginapan, makanan dan pengangkutan di Arab Saudi meningkat sebanyak 30 peratus.

“Semua pembayaran adalah dalam nilai riyal. Dua tahun lalu kadar tukaran ringgit kepada riyal adalah RM85 bersamaan dengan 100 Riyal Arab Saudi.

“Tetapi lepas musim haji baru-baru ini, nilai tukaran ringgit kepada riyal lebih rendah, iaitu 85 riyal bersamaan  RM100,” katanya.

Memetik kenyataannya kepada Sinar Harian hari ini, beliau berkata, hanya tiket penerbangan sahaja dibayar dalam bentuk ringgit, namun kosnya juga meningkat.

Mengulas lanjut Daud berkata, agensi swasta terpaksa menaikkan kadar pakej bagi meneruskan perniagaan.

“Kami orang meniaga yang membantu orang Islam di negara ini melakukan ibadah. Jika tidak dinaikkan, kami tidak boleh meneruskan perniagaan.

“Bukan pihak kami sahaja menanggung beban, tetapi agensi swasta lain juga dan itu harga ibadah yang perlu dibayar  mereka,” katanya.

Daud berkata, agensi swasta berbeza dengan Tabung Haji, sebuah badan besar yang mampu menanggung kos akibat kejatuhan nilai ringgit dengan pemberian subsidi.

Katanya lagi, sekiranya kejatuhan nilai ringgit ini berterusan dan tidak stabil, pihaknya terpaksa naikkan harga pakej.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian