Samseng anti-Islam di Jerman cetus kekecohan

ade39b0f-d4ac-4945-9589-cf4ccff141e7

CONNEWITZ, Selasa – Beratus-ratus samseng bertopeng telah mencetuskan kekecohan di Bandar Leipzig, Jerman sebagai tanda ulang tahun kelahiran parti berhaluan kanan, anti-Islam, PEGIDA itu.

Rusuhan yang dicetuskan semalam di bandar daerah Connewitz itu, menyaksikan penyokong gerakan PEGIDA membakar kereta, menghancurkan tingkap kedai, dan menembak bunga api pada bangunan.

Mereka juga menyerang seorang penerbit agensi berita, Rusia Ruptly menggunakan batu sewaktu dia merakam insiden keganasan itu dari tingkap apartmennya.

Di tempat lain di Leipzig, beberapa ribu penunjuk perasaan anti-pelarian bangkit, melaungkan beberapa perkataan seperti, “Kami adalah orang di sini, “Rintangan” dan “Hantar mereka balik!”.

PEGIDA, ialah singkatan daripada perkataan “Patriotic Europeans against the Islamization of the West ” yang diwakili di Leipzig oleh LEGIDA.

Ia mula melancarkan perhimpunan di Jerman pada bulan Oktober 2014 dan berjaya menarik penyokong di seluruh negara. -Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?