Sekilogram beras berharga RM1,320 di Madaya

budak-afp

DAMASCUS, Rabu – Adakah anda membawa makanan? Demikian pertanyaan yang terbit dari mulut seorang kanak-kanak pelarian yang menjadi mangsa perang saudara di Syria ketika konvoi bantuan tiba di perkampungan Madaya dekat sini.

Kanak-kanak itu adalah antara 400 penduduk yang perlu dipindahkan segera bagi mendapatkan rawatan perubatan, mengelak daripada kelaparan dan memerlukan makanan berzat.

Ketua Misi Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephen O’Brien, berkata usaha dilakukan bagi membawa masuk ambulans ke Madaya semalam bagi memindahkan penduduk, sekiranya ada jaminan keselamatan ketika dalam perjalanan.

Beliau berkata, misi bantuan perlu mengambil masa beberapa hari di Madaya serta dua perkampungan Syiah di Foua dan Kfarya di utara Syria, manakala bekalan bantuan hanya boleh bertahan sehingga hujung bulan ini.

Jurucakap Palang Merah Antarabangsa, Pawel Krzysiek terharu melihat keadaan pelarian dan penduduk di Madaya ketika bantuan tiba.

“Saya didatangi seorang kanak-kanak kecil. Soalan pertama yang keluar dari mulutnya ialah adakah anda membawa makanan?,” katanya.

Penderitaan penduduk di Madaya adalah yang paling teruk pernah terjadi dalam perang saudara, kata PBB, sehari selepas misi bantuan itu tiba di perkampungan berkenaan.

“Tiada perbandingan yang dapat dibuat apabila melihat keadaan di Madaya,” kata Ketua Agensi Pelarian PBB di Damascus, Sajjad Malik.

Beliau berkata, berdasarkan laporan yang boleh dipercayai, ramai penduduk mati kelaparan ketika kumpulan pro rejim Assad mengepung perkampungan itu.

“Makanan sukar diperoleh, malah penduduk memberitahu sekilogram beras berharga kira-kira RM1,320 (AS$300). Ada keluarga yang terpaksa menjual motosikal untuk mendapatkan lima kilogram beras,” kata Sajjad. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian