Sembilan terbunuh polis serbu apartment IS di Kaherah

851331950_77293_9731985402542098064

KAHERAH, Jumaat – Sekurang-kurangnya sembilan terbunuh termasuk enam anggota polis dalam satu letupan bom berdekatan sebuah apartment dipercayai tempat persembunyian militan IS, semalam.

Kejadian itu dilaporkan berlaku ketika serbuan oleh sepasukan pegawai polis di kediaman berkenaan selepas menerima maklumat risikan. Bom dikatakan diletakkan di tepi jalan meletup juga menyebabkan 15 yang lain cedera.

Jurucakap polis berkata, tiga lagi mangsa adalah seorang awam dan dua lelaki yang tidak dikenal pasti identitinya.

Kesan letupan itu merosakkan sebahagian bangunan di kediaman pangsapuri tersebut.

Pengeboman dipercayai berpunca selepas lelaki bersenjata menyerang pusat pemeriksaan di bandar utara Sinai lewat malam semalam sehingga menyebabkan lima anggota polis terbunuh. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian