Semenanjung dijangka alami cuaca panas kering: Menteri

Datuk Seri Panglima Madius TangauOleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, Sabtu – Semenanjung Malaysia dijangka akan mengalami keadaan cuaca panas dan kering pada penghujung mulai penghujung Januari ini dan berterusan sehingga Mac 2016.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Panglima Madius Tangau berkata keadaan cuaca panas itu dijangka turut berlaku di Sabah dan bahagian Limbang serta Miri di Sarawak.

“Keadaan ini disebabkan oleh kejadian fenomena El Nino kuat yang sedang berlaku dan dijangka akan berterusan sehingga suku pertama tahun 2016.

“Fenomena El Nino kuat ini dijangka boleh menyebabkan pengurangan jumlah hujan antara 20 peratus hingga 60 peratus dan kenaikan suhu sekitar 0.5 darjah celcius hingga 2.0 darjah celcius berbanding biasa,” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya mengurangkan aktiviti luar dan berjimat dalam penggunaan air.

“Orang ramai dinasihatkan supaya berjimat cermat dalam penggunaan air dan mengurangkanaktiviti luar semasa cuaca panas berlaku,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian