Serangan terbaru di Mesir sasar pelancong dari Israel
KAHERAH, Khamis – Satu serangan bersenjata yang menyaksikan tembakan kepada bas pelancong berlaku di kawasan piramid di bandar Giza, dekat Kaherah.
Bagaimanapun sumber keselamatan Mesir melaporkan tiada kecederaan atau kematian berlaku.
Kejadian berlaku di luar hotel. Salah seorang penyerang telah berjaya ditahan manakala seorang lagi sedang diburu.
Sumber juga memberitahu kebanyakan pelancong dalam bas itu adalah warga Israel.
Industri pelancongan Mesir kini terjejas akibat kejadian keganasan yang berlaku dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini.
Sebelum ini, pesawat Rusia jatuh di utara Mesir, Sinai.
Selain itu, terdapat beberapa kejadian letupan di tempat awam. – Agensi
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan